Thursday, February 19, 2004

Jumaat, 20 Februari 2004
Sabah & Sarawak -


Sabah tingkatkan usaha perangi dadah habis-habisan
Oleh Francis Andin



MUSA(tengah) menerima cenderamata daripada Alexander (kanan)
sambil diperhatikan oleh Sairin.
รข€“ Gambar oleh Francis Andin

KENINGAU: Kerajaan Sabah memandang serius gejala penyalahgunaan dadah di kalangan belia negeri ini dan kini memperhebatkan usaha membanterasnya habis-habisan hingga ke peringkat akar-umbi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, sehubungan itu berkata kerajaan melaksanakan program bersepadu di pelbagai peringkat membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya, program itu termasuk yang menjurus kepada pemupukan kesedaran mengenai bahaya dadah dan kesannya kepada masyarakat serta negara.

"Untuk itu, kerajaan akan meningkatkan operasi membanteras gejala dadah melalui pihak berkuasa kerajaan, swasta dan orang ramai," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis ikrar pemimpin masyarakat Kampung Mukim Apin-Apin, dekat sini kelmarin.

Pada majlis itu, lebih 40 pemimpin masyarakat terdiri daripada Ketua dan Wakil Ketua Anak Negeri serta Ketua kampung, diketuai Ketua Anak Negeri; Alexander Kandau, dari Mukim Apin-Apin, menyatakan sokongan padu dan ikrar taat setia kepada kerajaan negeri.

Hadir sama Pengerusi Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Sairin Karno dan Ahli Parlimen Keningau, Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Musa yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke daerah ini berkata ketika ini tahap penyalahgunaan dadah di negeri ini masih terkawal, namun langkah pencegahan awal perlu diambil.

"Masalah penagihan dadah terutama membabitkan belia harus dibendung untuk memastikan golongan pelapis kepemimpinan negara terdiri daripada generasi sihat dan berilmu pengetahuan.

"Justeru, semua pihak perlu memberi kerjasama padu kepada kerajaan melalui program yang dijalankan di tempat masing-masing," katanya, sambil menegaskan sokongan rakyat biasa penting untuk menjayakan impian kerajaan memerangi dadah.

Beliau berkata pelajar sekolah adalah antara golongan sasaran program yang akan dijalankan kerajaan.

Sehubungan itu, Musa menasihatkan ibu bapa mengambil berat mengenai kegiatan dan pergerakan anak-anak mereka yang masih bersekolah untuk menentukan mereka tidak terjebak dalam kancah penagihan dadah.

"Sikap prihatin ibu bapa terhadap anak-anak menjamin masa depan mereka, sekali gus membentuk generasi muda yang sihat," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa menasihatkan pemimpin masyarakat supaya menunaikan tanggungjawab mereka secara jujur, bersih, cekap dan amanah.

Katanya, pemimpin di peringkat kampung adalah penghubung antara rakyat dan kerajaan.

"Justeru, setiap pemimpin yang dilantik harus menyampaikan maklumat yang tepat kepada penduduk dan mengemukakan masalah penduduk kepada kerajaan mengikut prosedur yang ada," katanya.

Beliau turut berharap pemimpin masyarakat di peringkat kampung bekerja kuat ke arah memajukan kampung dan memupuk perpaduan sedia wujud.

Jumaat, 20 Februari 2004

Berita Nasional -


80 peratus penagih gagal dipulihkan
Oleh Kamudin Baharom


PADANG BESAR: Sebanyak 20 peratus daripada 12,000 penagih dadah yang sudah melalui proses pemulihan di 28 pusat pemulihan di seluruh negara setiap tahun, dikenal pasti dapat kembali ke pangkuan masyarakat.
I k l a n




Sebanyak 80 peratus lagi gagal dan berdepan pelbagai masalah yang sekali gus memaksa mereka kembali terjebak dengan penyakit sosial itu.

Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Datuk Ramli Abd Rahman, berkata jumlah itu adalah cukup tinggi dan tidak berbaloi berbanding perbelanjaan besar yang dikeluarkan kerajaan setiap tahun bagi membiayai program pemulihan di semua pusat pemulihan di seluruh negara iaitu kira-kira RM30 juta.

"Sepatutnya selepas menjalani proses pemulihan mereka yang terbabit bukan saja bebas daripada penagihan dadah malah diterima dan kembali berada dalam keluarga dan masyarakat.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila mendapati kira-kira 80 peratus daripada mereka itu (12,000 orang) kembali semula terperangkap dengan penagihan dadah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan Hari Terbuka Pusat Serenti Bukit Chabang (PSBC) bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) oleh Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Lembaga Pelawat PSBC, semalam.

Turut hadir, Ahli Exco Negeri, Datuk Ishak Arshad, Datuk Yazid Mat dan Loh Yoon Foo; Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UUM, Prof Dr Mahmood Nazar Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah ADK (Operasi), Datuk Mukhtar Ismail dan Komanden PSBC, Shaballah Zanal Abidin.

Ramli berkata, berdasarkan kadar penagihan, hanya dua daripada 10 penagih yang keluar daripada pusat pemulihan di dikenal pasti bebas daripada gejala itu.

Katanya, daripada laporan yang diterima bekas penagih terbabit terpaksa berbuat demikian setelah menghadapi pelbagai masalah termasuk tidak mendapat sokongan daripada masyarakat termasuk keluarga.

"Sebagai jalan singkat, penagih terbabit tidak mempunyai pilihan melainkan berpatah balik iaitu menagih semula," katanya yang mengharapkan sokongan daripada semua pihak bagi menangani masalah itu.

Justeru katanya, bagi menangani masalah itu ADK kini sedang membuat kajian terperinci dan akan mengemukakan satu laporan khas kepada kerajaan dalam tempoh terdekat ini.

Ramli juga melahirkan rasa kagum dan tertariknya dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menubuhkan Biro Pemulihan Dadah pada semua peringkat bahagian dalam Umno negeri.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan perangkaan National Anti Dadah Information (Nadi), dianggarkan kira-kira 250,000 penagih dadah kini sedang menjalani proses pemulihan di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu adalah cukup tinggi dan boleh dianggap serius jika mengambil kira bilangan penduduk negara ini yang berjumlah 25 juta.

Wednesday, January 28, 2004

Rencana: Minda: Kalaulah tiada sesiapa lalai
Oleh C Ramasamy



KEMATIAN Nurul Huda Abdul Ghani, 10, amat tragik. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan tepat derita yang dilalui kanak-kanak berkenaan sebelum menemui ajal pada usia sedemikian muda. Peristiwa itu tidak seharusnya berlaku kepada mana-mana kanak-kanak Malaysia dan rakyat bertanggungjawab memastikannya.

Undang-undang, biar setegas mana atau sekreatif mana pun dilaksanakan, tidak akan memastikan tiada lagi kanak-kanak diperkosa dan dibunuh dengan kejam di negara ini kerana hakikatnya, kelemahan sebenarnya terletak pada manusia, bukan undang-undang.

Kes Nurul Huda, yang dirogol, diliwat sebelum dibunuh tiga lelaki dipercayai penagih dadah termasuk seorang pengawal keselamatan di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor, 17 Januari lalu, mendedahkan kebocoran dalam penguatkuasaan undang-undang bukan berkaitan rogol yang secara tidak langsung membawa kepada insiden malang yang menimpa kanak-kanak itu.

Seandainya diamati tanpa dikuasai emosi, kes Nurul Huda akan menceritakan terdapat beberapa kemungkinan tragedi yang menimpa murid tahun empat itu dapat dielakkan jika semua pihak berkaitan menjunjung tinggi undang-undang dengan mematuhinya dan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kritikal.

Kealpaan berkenaan ditambah dengan ketidakberkesanan program pemulihan penagih dadah, menghadiahkan peluang kepada tiga binatang buas bertopeng manusia itu untuk menamatkan hidup seorang kanak-kanak yang baru belajar mengenal dunia. Perhatikan.

GEMILANG SECURITY SERVICES (M) SDN BHD: Siasatan polis mendapati pengawal keselamatan yang merogol dan membunuh Nurul Huda menggunakan maklumat palsu apabila memohon kerja dengan syarikat berkenaan. Lelaki berusia 46 tahun itu didapati menggunakan nama lain dan umur berbeza dalam borang permohonan kerja.

Pengurus Gemilang Security bagi Johor, Mohamad Saad, berkata pihaknya tidak mengetahui lelaki itu mempunyai lapan rekod jenayah di antara 1975 dan 2002 termasuk mencabul kehormatan seorang wanita.

Katanya, pengawal keselamatan itu sudah bekerja dengan Gemilang Security sejak Mac tahun lalu.

Mohamad berkata beliau tidak pasti sama ada latar belakang lelaki itu dihantar untuk ditapis polis sebagaimana dikehendaki undang-undang kerana “saya hanya menyertai syarikat ini November tahun lalu.”

“Fail pengawal keselamatan itu hanya mengandungi satu salinan kad pengenalan palsunya serta surat permohonan kerja. Tiada tanda menunjukkan sama ada pengurus sebelum ini menghantar butiran lelaki itu untuk ditapis polis,” katanya.

Ketua Polis Johor, Datuk Musa Hassan berkata polis akan menyiasat Gemilang Sekuriti mengikut Akta Agensi Persendirian 1971 kerana gagal mengemukakan butiran peribadi kakitangannya untuk ditapis polis.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap pengurus syarikat itu jika didapati syarikat berkenaan mengingkari undang-undang,” katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Shafee Abu Bakar berkata: “Saya difahamkan mereka tidak pernah menghantar nama kakitangan kepada polis.” Kalaulah...

TNB: Bagaimana sebuah syarikat multinasional seperti TNB boleh mengikat kontrak dengan sebuah syarikat pengawal keselamatan tanpa memeriksa latar belakang agensi itu terutama untuk mengawal tempat sensitif seperti stesen janakuasa? Itu soalan yang bermain di minda kebanyakan orang.

Pengerusinya Datuk Dr Awang Adek Hussin menjawab: “TNB mengakui gagal dan mengambil sikap mudah dalam proses melantik syarikat pengawal keselamatan swasta. Sebelum ini, TNB mengambil langkah menawarkan tender kawalan keselamatan berasaskan tender paling rendah bertujuan memberi peluang perniagaan kepada syarikat kecil Bumiputera.”

Beliau berkata apa yang berlaku kepada Nurul Huda adalah satu pengajaran kepada pihaknya seraya berjanji bukan saja meningkatkan proses penapisan tetapi juga mengkaji rekod 10 syarikat pengawal keselamatan yang kini memberi perkhidmatan kepada TNB.

Beliau berkata TNB kini sudah mula menghantar kakitangan bahagian keselamatan untuk memantau setiap pondok kawalannya di seluruh negara. Kalaulah...

KDN: Apakah pegawai KDN bersikap acuh tidak acuh dalam mengawal selia syarikat pengawal keselamatan di Malaysia sehingga ada syarikat mengambil penjenayah dan penagih dadah yang kemudian merogol dan membunuh?

Tidak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata peraturan sekarang mewajibkan syarikat pengawal keselamatan memeriksa dengan kementerian latar belakang semua mereka yang diambil untuk jawatan pengawal bagi memastikan mereka tidak memiliki rekod jenayah.

Tetapi, katanya, ada syarikat membelakangkan peraturan berkenaan. Bukankah menjadi tugas kementerian memastikan semua peraturan yang digubal dipatuhi?

Kini, selepas kematian Nurul Huda, KDN berikrar untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap syarikat pengawal keselamatan bagi memastikan semua kakitangan mereka menjalani penapisan latar belakang sebelum diambil bekerja. Kalaulah...

POLIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Kupang, Datuk Baharom Abdul Ghani berkata beliau dan penduduk Kampung Pekajang ada memaklumkan polis mengenai kegiatan penagihan dadah di stesen janakuasa itu tetapi tiada tindakan diambil.

“Kejadian yang menimpa Nurul Huda boleh dielakkan jika polis bertindak segera,” katanya.

Musa apabila ditanya mengapa tiada tindakan diambil terhadap aduan itu, meminta pemberita mengemukakan soalan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Wan Ali Abu Shahmah.

Wan Ali pula berkata beliau perlu menghubungi Balai Polis Tanjung Kupang untuk penjelasan.

Musa kemudian memberitahu satu siasatan dalaman akan diadakan bagi menyiasat dakwaan polis gagal bertindak ke atas aduan penduduk kampung.

Beliau meminta penduduk kampung yang membuat laporan itu tampil dan mengenal pasti anggota polis yang mengambil aduan, tetapi gagal membuat tindakan susulan.

“Meskipun siasatan awal menunjukkan penduduk kampung tidak membuat aduan sebagaimana didakwa, saya berharap penduduk akan membantu kami dalam siasatan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota polis yang gagal bertindak apabila laporan dibuat,” katanya.

Apakah polis memaksudkan laporan bertulis? Benarkah polis memerlukan laporan bertulis sebelum dapat memberkas penagih dadah? Kalaulah...

PROGRAM PEMULIHAN PENAGIH DADAH: Kerajaan mengakui kaedah pemulihan penagih dan pembasmian kegiatan pengedaran dadah di Malaysia tidak berjaya sebagaimana diharapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan ‘tidak berapa gembira’ dengan bilangan penagih yang kembali menagih dan mengarahkan Peguam Negara dan agensi penguatkuasa undang-undang meneliti dan mengkaji program negara lain yang berjaya untuk dicontohi Malaysia.

Dianggarkan 90 peratus penagih dadah yang menjalani program pemulihan di 28 Pusat Serenti di seluruh negara kembali menagih setelah dibebaskan dan 48 peratus daripada mereka terpaksa dimasukkan semula.

Dilaporkan awal bulan ini, satu jawatankuasa tertinggi yang ditubuhkan Abdullah selesai mengkaji program pemulihan penagih dan pembanterasan pengedaran dadah Thailand yang dikira berjaya.

Usaha memulih penagih dan memastikan mereka terus meninggalkan tabiat itu amat penting kerana menurut Timbalan Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Datuk Sulaiman Mohd Yusof, 10 peratus penagih dadah di Malaysia melakukan jenayah rogol.

“Kami menganggarkan 10 peratus perogol adalah penagih dadah,” katanya.

Selain kes Nurul Huda, kes rogol dan bunuh Hasirawati Saridi, 10, di Menggatal, Sabah pada 8 Januari lalu juga melibatkan seorang bekas penagih dadah. Kalaulah...

Usaha berterusan perangi dadah
Oleh Noor Azam Abd Aziz

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

SEJAK diisytiharkan pada 1983, kini sudah 21 tahun kerajaan melancarkan perang terhadap najis dadah yang dianggap perosak dan musuh nombor satu negara.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha dilaksanakan untuk menghapuskannya hingga ke akar umbi namun jumlah penagih semakin meningkat.

Perkembangan itu jelas memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah bukan isu lapuk dan ia perlu dibanteras secara berterusan seiring dengan perubahan zaman yang semakin canggih.

Penyalahgunaan dadah di negara ini terbahagi kepada dua iaitu dadah bukan sintetik (heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine).

Pada masa kini, seramai 250,399 penagih terbabit dengan najis dadah sudah didaftarkan.

Berdasarkan statistik pihak berkuasa, sehingga 9 November tahun lalu terdapat 10,952 orang penagih dadah menghuni 28 Pusat Serenti di seluruh negara.

Namun, dalam usaha memulihkan mereka yang terbabit, 3,345 atau 30.5 peratus daripada penagih yang dalam proses rawatan melarikan diri dari pusat serenti.

Lebih membimbangkan, kajian turut mendapati 90 peratus penagih yang dibebaskan kembali menagih sedangkan mereka sudah melalui proses pemulihan.

Perkembangan itu memperlihatkan kelemahan serta kegagalan rawatan termasuk modul pemulihan pusat serenti yang ada bagi membimbing mereka kembali ke pangkal jalan.

Pengumuman kerajaan untuk menimbang semula kaedah baru pemulihan penagih dadah bagi menggantikan sistem pemulihan sedia ada baru-baru ini adalah langkah memperbaiki kelemahan yang berlaku.

Cadangan itu bakal dibentangkan di Kabinet selaras arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berpuas hati dengan kadar pemulihan di pusat serenti apabila hampir 90 peratus penagih dilaporkan kembali menagih.

Perdana Menteri juga kurang berpuas hati kaedah kaunseling dan program Pemadam yang kurang berjaya.

Kegagalan itu sebenarnya banyak memberi kesan kepada negara terutama pengaliran jumlah peruntukan berjuta ringgit yang disia-siakan serta jumlah belia yang terus rosak angkara dadah.

Rawatan penagihan dadah di negara ini adalah di bawah penyelarasan Agensi Dadah Kebangsaan.

Terdapat tiga bidang utama dalam program pemulihan berkenaan iaitu:

l Pengesanan dan detoksifikasi di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan, dijalankan di hospital dan pusat detoxifikasi.

l Pemulihan di institusi - Pusat Serenti.

l Penyeliaan dalam masyarakat dan jagaan lanjutan.

Dalam mempertimbangkan kaedah baru pemulihan dadah itu adalah wajar pihak berkenaan mencari punca serta kelemahan di pusat serenti supaya ia dapat diatasi dan diperbaiki.

Selain itu, pihak terbabit juga perlu menyedari proses pemulihan di pusat serenti adalah rawatan awal dan ia memerlukan rawatan berterusan bagi menstabilkan penagih selepas dibebaskan.

Pendekatan terbaik untuk memantau perkembangan mereka ialah dengan mempertingkatkan fungsi Rumah Pengasih sebagai pusat membimbing penagih selepas mereka dibebaskan.

Ia dijangka dapat membantu mereka membebaskan diri sebelum pulih daripada penagihan dadah.

Tidak dinafikan faktor sekeliling yang mendesak dan menekan sering memerangkap bekas penagih kembali dengan najis dadah sebagai jalan keluar membebaskan diri daripada masalah.

Dengan adanya konsep pemantauan dan sokongan seperti dilaksanakan Rumah Pengasih ia mampu memberi motivasi dan daya tahan tinggi kepada penagih.

Begitu juga, kaedah Threapeutic Community yang diperkenalkan Persatuan Pengasih Malaysia sebelum ini, ia didapati berkesan membantu bekas penagih untuk membebaskan diri mereka.

Melalui kaedah berkenaan, penagih dikelompokkan menjalani sesi kaunseling bagi berkongsi dan menyelesaikan masalah dialami sehingga membentuk komuniti bebas daripada dadah.

Pencapaian ditunjukkan persatuan itu boleh dipertingkatkan kerajaan dengan memperbesarkan peranannya membantu penagih.

Satu lagi pendekatan yang boleh digunakan ialah mempertingkatkan kaedah kaunseling bagi menyelami rasa hati serta permasalahan penagih supaya jati diri mereka dapat diperkukuhkan.

Proses itu mampu membimbing penagih mengenal pasti dan menjauhi kelemahan serta memberi fokus kepada kekuatan diri untuk bergerak ke arah yang lebih baik.

Ia bukan saja dilakukan kaunselor profesional tetapi bekas penagih yang sudah pulih sepenuhnya untuk memberi pendekatan berkesan kepada penagih.

Usaha memerangi najis dadah memerlukan pembabitan semua pihak dengan mengkaji faktor persekitaran dan sosial yang menjadi punca kepada penagihan dadah.

Adalah suatu yang malang sekiranya jutaan ringgit yang diperuntukkan kerajaan gagal mengekang najis dadah daripada merebak merosakkan generasi muda kita.
Berita Komputer: Komputer: Internet sekat perdagangan dadah Asia Tenggara



INTERNET dikenal pasti menjadi alat paling berkesan dalam usaha pihak berkuasa mengurang serta mengatasi peningkatan kegiatan perdagangan dadah di rantau Asia Tenggara.

Penganalisis Dadah, di Jabatan Negara Amerika Syarikat, Thomas Wersto, berkata Internet kini menjadi senjata penting dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.

Namun begitu, Internet juga menyediakan peluang kepada kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak pembabitan masyarakat dalam kempen memerangi penagih dadah, katanya.

“Laman web kerajaan berpotensi untuk menggalakkan masyarakat terbabit sama dalam memerangi isu berkenan,” katanya dalam persidangan Bebas Dadah Asia Tenggara, di Bangkok, baru-baru ini.

Persidangan tiga hari itu bertujuan menghasilkan kaedah terbaik dalam mengatasi peningkatan kegiatan penyalahgunaan dadah di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2015.

Wersto berkata, individu yang selama ini takut untuk membuat laporan mengenai kegiatan itu kini berpeluang bertindak dengan cara selamat melalui laman web kerajaan.

Selain itu, Internet juga boleh menjadi platform pendidikan dadah memandangkan ia adalah langkah paling mudah dan murah untuk berhubungan dengan pelbagai peringkat masyarakat.

Pihak berkuasa Thailand menganggarkan 600 juta pil bahaya memasuki negara itu daripada negara jirannya, Myanmar dan ada penganalisis menjangkakan jumlah pengguna pil bahaya di Thailand akan berganda dalam tempoh lima tahun lagi.

Myanmar dikatakan antara sumber utama dunia dalam penghasilan pil bahaya.
Kini, Internet juga dikatakan memberi banyak manfaat kepada mereka yang terbabit dalam industri narkotik itu, kata Wersto.

Katanya, resipi untuk menghasil dan mendirikan makmal bergerak dadah mudah didapati di Inetrnet yang sekali gus membolehkan pengguna mengakses maklumat bahaya itu.

Selain itu, pengguna dan pengeluar dadah dikatakan semakin agresif berkomunikasi antara satu sama lain melalui Internet, ujarnya.
Rencana: Minda: Usaha berterusan perangi dadah
Oleh Noor Azam Abd Aziz



SEJAK diisytiharkan pada 1983, kini sudah 21 tahun kerajaan melancarkan perang terhadap najis dadah yang dianggap perosak dan musuh nombor satu negara.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha dilaksanakan untuk menghapuskannya hingga ke akar umbi namun jumlah penagih semakin meningkat.

Perkembangan itu jelas memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah bukan isu lapuk dan ia perlu dibanteras secara berterusan seiring dengan perubahan zaman yang semakin canggih.

Penyalahgunaan dadah di negara ini terbahagi kepada dua iaitu dadah bukan sintetik (heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine).

Pada masa kini, seramai 250,399 penagih terbabit dengan najis dadah sudah didaftarkan.

Berdasarkan statistik pihak berkuasa, sehingga 9 November tahun lalu terdapat 10,952 orang penagih dadah menghuni 28 Pusat Serenti di seluruh negara.

Namun, dalam usaha memulihkan mereka yang terbabit, 3,345 atau 30.5 peratus daripada penagih yang dalam proses rawatan melarikan diri dari pusat serenti.

Lebih membimbangkan, kajian turut mendapati 90 peratus penagih yang dibebaskan kembali menagih sedangkan mereka sudah melalui proses pemulihan.

Perkembangan itu memperlihatkan kelemahan serta kegagalan rawatan termasuk modul pemulihan pusat serenti yang ada bagi membimbing mereka kembali ke pangkal jalan.

Pengumuman kerajaan untuk menimbang semula kaedah baru pemulihan penagih dadah bagi menggantikan sistem pemulihan sedia ada baru-baru ini adalah langkah memperbaiki kelemahan yang berlaku.

Cadangan itu bakal dibentangkan di Kabinet selaras arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berpuas hati dengan kadar pemulihan di pusat serenti apabila hampir 90 peratus penagih dilaporkan kembali menagih.

Perdana Menteri juga kurang berpuas hati kaedah kaunseling dan program Pemadam yang kurang berjaya.

Kegagalan itu sebenarnya banyak memberi kesan kepada negara terutama pengaliran jumlah peruntukan berjuta ringgit yang disia-siakan serta jumlah belia yang terus rosak angkara dadah.

Rawatan penagihan dadah di negara ini adalah di bawah penyelarasan Agensi Dadah Kebangsaan.

Terdapat tiga bidang utama dalam program pemulihan berkenaan iaitu:

l Pengesanan dan detoksifikasi di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan, dijalankan di hospital dan pusat detoxifikasi.

l Pemulihan di institusi - Pusat Serenti.

l Penyeliaan dalam masyarakat dan jagaan lanjutan.

Dalam mempertimbangkan kaedah baru pemulihan dadah itu adalah wajar pihak berkenaan mencari punca serta kelemahan di pusat serenti supaya ia dapat diatasi dan diperbaiki.

Selain itu, pihak terbabit juga perlu menyedari proses pemulihan di pusat serenti adalah rawatan awal dan ia memerlukan rawatan berterusan bagi menstabilkan penagih selepas dibebaskan.

Pendekatan terbaik untuk memantau perkembangan mereka ialah dengan mempertingkatkan fungsi Rumah Pengasih sebagai pusat membimbing penagih selepas mereka dibebaskan.

Ia dijangka dapat membantu mereka membebaskan diri sebelum pulih daripada penagihan dadah.

Tidak dinafikan faktor sekeliling yang mendesak dan menekan sering memerangkap bekas penagih kembali dengan najis dadah sebagai jalan keluar membebaskan diri daripada masalah.

Dengan adanya konsep pemantauan dan sokongan seperti dilaksanakan Rumah Pengasih ia mampu memberi motivasi dan daya tahan tinggi kepada penagih.

Begitu juga, kaedah Threapeutic Community yang diperkenalkan Persatuan Pengasih Malaysia sebelum ini, ia didapati berkesan membantu bekas penagih untuk membebaskan diri mereka.

Melalui kaedah berkenaan, penagih dikelompokkan menjalani sesi kaunseling bagi berkongsi dan menyelesaikan masalah dialami sehingga membentuk komuniti bebas daripada dadah.

Pencapaian ditunjukkan persatuan itu boleh dipertingkatkan kerajaan dengan memperbesarkan peranannya membantu penagih.

Satu lagi pendekatan yang boleh digunakan ialah mempertingkatkan kaedah kaunseling bagi menyelami rasa hati serta permasalahan penagih supaya jati diri mereka dapat diperkukuhkan.

Proses itu mampu membimbing penagih mengenal pasti dan menjauhi kelemahan serta memberi fokus kepada kekuatan diri untuk bergerak ke arah yang lebih baik.

Ia bukan saja dilakukan kaunselor profesional tetapi bekas penagih yang sudah pulih sepenuhnya untuk memberi pendekatan berkesan kepada penagih.

Usaha memerangi najis dadah memerlukan pembabitan semua pihak dengan mengkaji faktor persekitaran dan sosial yang menjadi punca kepada penagihan dadah.

Adalah suatu yang malang sekiranya jutaan ringgit yang diperuntukkan kerajaan gagal mengekang najis dadah daripada merebak merosakkan generasi muda kita.

Sunday, January 25, 2004

New Straits Times » Features

Cover Story: Dadah rehabilitation: Dim light at the end of the tunnel
Idros Ismail, Elizabeth John and Farrah Naz Karim

Jan 25:
--------------------------------------------------------------------------------

The dismal failure of the country’s 20-year anti-drug war has given rise to cries for a new approach. Much needs to be done if the drug menace is to be effectively handled, report IDROS ISMAIL, ELIZABETH JOHN and FARRAH NAZ KARIM.
THE stark figures tell the story: the country faces a daunting task in its war against illicit drugs. In 1996, the number of drug users was 200,000. Now, it has ballooned to about 350,000, with 1,300 new addicts monthly.

Statistics from the National Drug Agency show that in the first 10 months of 2003 alone, there were 14,904 cases of new addicts and 13,084 repeat cases.

Malaysia has one of the world's most stringent laws against drug trafficking, possession and abuse.

Yet the consequences, including the death penalty, that await offenders under the Dangerous Drugs Act 1952, Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 and other severe legislation, do not seem to act as a deterrent.

It is obvious that the national strategies for prevention, treatment and rehabilitation have been found wanting.

This fact was acknowledged even as far back as 1996 when the then Deputy Home Minister, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, admitted that the Government had failed in its 20-year battle against the scourge.

He had then told the New Straits Times that he was not surprised if ex-Pusat Serenti inmates returned to their old habits since the ministry did not have a proper post-release monitoring system.

So the recent call for urgent review and overhaul of the strategies could not have come at a better time — even if it was hastened by the two despicable child rape-murder committed by ex-drug addicts.

It's never too late, and a Cabinet paper is being prepared by the Home Ministry that will recommend a much-needed revamp of the country's long-standing rehabilitation and antitrafficking strategies.

A top-level government committee has explored more successful models from other countries, of which Thailand's has been oft-quoted.

The critical question is whether we possess the stamina and wherewithal to carry through whatever model we adopt. Whether Thailand's model is successful or not is a moot point.

After all, the Thai Government embarked on its own overhaul of the drug campaign only in early 2001 when a national integrated strategy was formulated.

Before we look afar, could not the successful models employed by our very own non-governmental rehabilitation centres be studied by the Government? Have there been collaboration and sharing of experiences between both sectors in a concerted effort to fight the drug menace? Malaysia's current treatment and rehabilitation model (see accompanying story) employed at Pusat Serenti looks good on paper, from entry to release.

Inmates undergo a multi-disciplinary "psychosocial" approach that includes counselling for the addicts, group and family, and preparing them for re-entry into mainstream society.

But something is amiss in the phased rehabilitation modules. The results stare starkly at us in the face.

The relapse rate has been estimated at anywhere between 75 and 90 per cent — a dismal failure by any standards (compared with 30-35 per cent relapse in private rehabilitation centres).

It does not augur well for the Government's drive towards a drugfree society by year 2023 as announced by then Deputy Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in 1999.

Just what is wrong with the current treatment and rehabilitation system at the nation's 28 Pusat Serenti? Obviously a lot, judging by the unacceptably high relapse rate of released inmates after their enforced two-year stint at the centres.

At which point does the model fail? Have we got the basics wrong? Surely, when drug addiction is seen as a "crime" and not as a "disease" that it rightly is, the entire treatment and rehabilitation strategy has been stuck in the wrong groove.

Consequently, the emphasis has been punitive rather than curative in nature. Longer periods of incarceration for repeated relapses and conditions of restricted residence are imposed upon addicts.

As it stands now, punitive measures have not worked since addiction is a disease beyond the addict's ability to cure himself. The right kind of treatment and rehabilitation — holistic in nature — have to be adopted.

Has the country then adopted the wrong approach to the problem (and the solution) all along? People from non-governmental rehabilitation centres (see accompanying stories), whose success rate is far greater than Pusat Serenti, have suggested that the first step is to de-criminalise drug addiction; that drug addicts are not beyond redemption.

As Mohd Yunus Pathi, president of Rumah Pengasih, puts it: "It can't be denied that drug addicts are involved in crimes. But on the whole, addiction is a disease and treatable." Pax Tan of Malaysian Care, another NGO rehabilitation centre, echoes the point: "If the addict is treated like a criminal, he will never believe he can kick the habit." Then there's the matter of resources — both financial and manpower. How much can the country afford and is willing to "invest" in the war against drugs? Last year, we spent RM44 million to treat and rehabilitate 15,000 addicts at Pusat Serenti. That works out to be about RM2 per capita population.

Contrast that with the US, where US$5.6 billion (RM21.3 billion) was spent in 1999 ($20 or RM76 per capita) — up from US$0.9 billion it spent in 1985 (figures from World Drug Report 2000 by the UN Office on Drugs and Crimes). Given the tight squeeze on finance, it becomes even more crucial that any amount allocated to the anti-drugs war be efficiently utilised.

Pusat Serenti is also handicapped by a poor counsellor/inmates ratio — 1 to 100, as opposed to the ideal ratio of 1 to 23. And that's not even considering the quality and experience of available counsellors.

To overcome the problem, there is, therefore, a pressing need to embark on a sustained recruitment drive for more counsellors, including setting up a institute to train substance abuse counsellors and therapists.

A damning indictment of the Pusat Serenti programme has been its poor post-release monitoring system that has resulted in the high relapse rate.

There is a lack of consistent aftercare and support group network that has seen former inmates slip back into the drug/crime cycle as soon as they re-enter society.


Tuesday, January 20, 2004

PETEKAN BERITA HARIAN 21HB JANUARI 2004

Malaysia timbang model baru pulih penagih
Oleh Wartawan BH


KUALA LUMPUR: Kabinet dijangka menimbangkan model baru pemulihan penagih dadah bagi menggantikan sistem pemulihan sedia ada di negara ini, yang dianggap gagal menangani masalah itu.

Kertas Kabinet berhubung model baru itu akan diserahkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dalam beberapa minggu lagi. Penyediaan cadangan itu dibuat atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berpuas hati dengan kadar pemulihan di pusat serenti apabila hampir 90 peratus penagih dilaporkan kembali menagih.

Menurut pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Abdullah juga kurang berpuas hati dengan kaedah kaunseling dan program Pemadam yang kurang berjaya.

Katanya, kertas cadangan itu membincangkan kaedah terbaik merawat penagih dadah serta memastikan mereka tidak lagi kembali kepada tabiat itu.

Kertas itu akan turut mempertimbangkan kaedah segera untuk memerangi gejala penagihan dadah.

Ketika ini, 90 peratus penagih dadah yang dihantar ke pusat pemulihan menjadi penagih berulang dengan 48 peratus daripadanya dimasukkan semula.

Berikutan itu, Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri sudah mengarahkan pegawainya segera mempertimbangkan pendekatan baru memerangi gejala penagihan dadah.

Pada 6 Januari lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Omar dan Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad serta pegawai kanan KDN kembali dari lawatan sambil belajar ke pusat pemulihan dadah di Thailand.

Jawatankuasa tertinggi itu juga telah meneliti kejayaan model pemulihan penagih dadah serta memerangi pengedaran dadah di beberapa buah negara lain.

Pegawai terbabit berkata, Thailand antara negara yang dipilih sebagai kajian kes kerana ia terbukti berjaya memulihkan penagih dadah.

Thailand sebelum ini menghadapi masalah penagihan dadah yang serius berikutan kedudukannya berhampiran Segi Tiga Emas, satu daripada kawasan pengeluaran dadah terbesar dunia.

Kertas Kabinet itu mulanya dicadang dibentangkan akhir bulan depan, tetapi dipercepatkan berikutan dua kes rogol dan bunuh membabitkan dua budak perempuan berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi di Kota Kinabalu, Sabah dan Nurul Huda Abdul Ghani di Kampung Pekajang, Johor.

Kejadian rogol dan bunuh dua budak perempuan itu hanya berlaku selang seminggu dengan pembunuhan Hasirawati berlaku pada 9 Januari lalu dan Nurul Huda, Sabtu lalu. Kedua-duanya dipercayai dilakukan oleh penagih dadah.

Penganggur berusia 26 tahun, Jamaludin Sarifudin dari Kampung Tobonon dalam daerah Menggatal semalam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, merogol Hasirawati.

Sementara itu, stesen jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB), lokasi Nurul Huda dijumpai selepas dirogol dan dibunuh, dikenal pasti sebagai sarang penagih dadah.

“Dua kes berkenaan memerlukan tindakan segera dengan penyerahan kertas Kabinet itu untuk dibincangkan, sekali gus memerangi gejala penagih dadah dengan segera,” kata pegawai berkenaan.

Thursday, January 15, 2004

Urusan kontrak sewa-premis telah selesai
dan kunci telah diterima.

Bantuan Peralatan Pejabat, saperti kerusi meja
Cabinet Fail, Kipas, Lampu, Komputer, Printer,
Talian Streamyx untuk internet dan lain lain yang di
perlukan untuk memperlengkapkan Pejabat
Urusan, Pengasih Pahang sedang diusahakan
dan dialukan terutama dari warga Temerloh.

Selain dari itu, kelengkapan surau saperti sejadah,
Quran, dan apa apa yang sesuai juga diterima.


ALAMAT PEJABAT:
PEJABAT PENGASIH PAHANG
7, Tingkat 2,
JALAN SUDIRMAN,
BANDAR SRI SEMANTAN,
28400 TEMERLOH,
PAHANG DARUL MAKMUR.

PELAPUR: NASIR ABDUL GHANI
Dadah: Pandangan Islam
Oleh Prof. Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM

BAHAYA dadah yang menular dalam masyarakat kita hari ini sebenarnya diberi perhatian serius oleh Islam. Dalam hal ini, sebuah fatwa telah pun diadakan untuk mengharamkan pengunaan dadah.

Daripada kitab suci Al-Quran, perkataan `dadah' dikaitkan dengan nyata di dalam maksud perkataan khamr. Namun begitu, ia tidak merujuk kepada fungsi kehidupan biologinya. Untuk memahami daripada menyedari kepentingan sepenuhnya, wajar kita mengkaji asal usul perkataan khamr itu.

Perkataan khamr berasal daripada perkataan yakhmur, maksudnya `menutup, menyembunyi atau melindungi.' Oleh itu khamr merujuk secara meluas kepada fungsi kehidupan atau biologi sesuatu bahan yang boleh menutup, menyembunyi atau menghilangkan fungsi yang biasa dialami oleh seseorang `biasa' dalam hal ini dikaitkan khusus dengan keadaan `fikiran' dan `akal.'

Sebuah hadis menyebut: "Arak adalah sesuatu yang menutup akal". Begitu juga halnya dengan dadah. Ini ialah kerana Islam menyedari pentingnya akal fikiran bagi diri seseorang. Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumu al- Din menyebut;


Ketahuilah bahawa badan manusia itu seperti sebuah kota. Akal, yakni kekuatan mengetahui daripada manusia itu adalah sebagai raja yang menguruskan hal- ehwal kota itu. Alat-alat tanggapan terdiri daripada pancaindera lahir dan batin seperti tentera-tentera dan pegawai- pegawainya.
Seluruh anggota badannya itu seperti rakyatnya. Nafsu serta syahwatnya dan kemarahannya adalah sebagai musuh yang bertarung untuk menguasai kerajaannya itu dan untuk merosakkan rakyatnya."
Melalui akal fikiran seseorang menentukan haluan dan pertimbangan. Oleh itu, akal fikiran dalam erti kata sepenuhnya dapat membimbingkan seseorang ke arah jalan yang betul, jalan Islam. Dengan mengambil haluan tindakan ini, manusia dikatakan terbentuk `menjadi imej yang paling mulia' (At-Tin: 4) malahan menjadi kemuncak kemuliaan semua makhluk.

Dengan `nilai' ini, manusia diberi tanggungjawab supaya tidak menyalahgunakan atau mengabaikan penggunaan akal fikiran. Mereka yang tidak memenuhi tanggungjawab ini disebut di dalam al-Quran sebagai mereka yang tidak `memahami' atau yang tidak mahu 'berfikir' menggunakan akal yang telah diberikan oleh Allah. Penyalahgunaan atau kecuaian demikian akhirnya menurunkan taraf manusia menjadi `makhluk' yang paling hina' (At-Tin: 5). Dan Khmar ialah salah satu daripada aspek ini kerana ia memusnahkan bukan hanya daya usaha serta keupayaan seseorang bertindak secara membina, tetapi juga kesihatan tubuh badannya. Sambung Al-Ghazali dalam kita yang sama;


"Jadi, badannya itu seperti kubu dan tempat kawalannya dan dirinya sebagai penghalang yang mempunyai pengaralnya. Jika ia berjihad menentang musuhnya dan dapat mengalahkannya serta menguasainya seperti yang sepatutnya, kesannya adalah kebaikan yang layak menerima pujian. Sekiranya ia kehilangan tempat pertahanannya itu dan mengabaikan rakyatnya, maka kesannya ialah keburukan yang layak menerima balasan daripada Allah, sesuai dengan keburukan yang dilakukan itu."
Oleh itu, tidaklah keterlaluan jika ditekankan bahawa Islam sebagai satu agama yang rasional menuntut kewarasan akal fikiran, supaya manusia sentiasa sedar siapa dia dan apa yang dilakukannya. Al-Quran mengatakan `mereka akan memikul bebanan di belakang mereka' (Al-An'am: 31).


Mencabar
Berhubung rapat dengan akal fikiran ialah nilai kerohanian menusia sendiri, al-Quran ada menyebut berbagai-bagai peringkat pertumbuhan nilai kerohanian manusia. Dalam hal ini, perlu disentuh `roh yang mencari diri sendiri; (Al- Qiyamah: 2), diri yang lebih halus yang memberi pancaran kepada fikiran.

Di dalam petikan ayat tadi, al-Quran bersumpah `demi roh yang mencari diri sendiri' diikuti dengan satu doalan mencabar supaya manusia `berfikir'. Semua ini selaras dengan `imej yang paling mulia' yang telah dikurniakan pada manusia.

Pendek kata, daripada kacamata Islam yang menyeluruh, istilah khamr mempunyai implikasi yang sungguh luas. Mengikut ulama, sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang `lupa pada diri sendiri' dan `terlepas' dari alam nyata juga dapat dirangkum di dalam pengertian khamr.

Demi untuk mengkaji lebih jauh pendirian Islam tentang masalah khamr secara umum dan masalah dadah secara khusus, kita harus kembali kepada kalimah syahadah; "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah". "Tuhan" yang dimaksudkan di dalam kalimah syahadah iaitu bukan hanya tuhan kepada "Tuhan" dalam erti kata biasanya tetapi sesuatu yang mengasyikkan hingga ke peringkat dipuja, iaitu disembah sebagai `Tuhan'. Sesuatu tindakan seperti ini bolehlah dianggap sebagai menyekutukan Allah, Tuhan yang Esa dan ini merupakan suatu perbuatan syirik.

Dalam Islam, Tuhan adalah satu, tiada lain daripada-Nya. Tiada lain yang patut disembah melainkan-Nya. Dengan demikian seseorang yang berserah diri kepada Allah yang Esa tidak menyembah Tuhan yang lain. Tiada lain tempat seseorang berserah melainkan pada yang Esa. Seseorang itu dikehendaki berbuat demikian bukan semata-mata kerana kehendaknya mahupun kerana paksaan; sebaliknya dengan menggunakan akal fikiran yang waras, yakni dia diberi pilihan.

Ini jelas dinyatakan oleh al-Quran: "Allah tidak menukar nasib seseorang kecuali mereka menukar nasib mereka sendiri (dengan hari mereka sendiri, Al-Ra'd: 11)" "hati" atau "al-qalbu sebagai tempat datangnya akal fikiran seseorang. Di dalam satu lagi ayat; "Jika dikehendaki oleh Tuhan kamu, semua manusia di muka bumi ini akan mempercayai-Nya; (Yunus: 99). Apa yang jelas, kita diberi keupayaan memilih berasaskan lunas-lunas Islam.

Dalam satu ayat lain; "Kami telah memberikan mereka penglihatan dan pendengaran dan sama ada dia bersyukur atau tidak terhadap rahmat kami, kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang benar" (al-Insan: 2-3). Jalan yang demikian ialah cara hidup Islam. Ditambah dengan konsep ibadah di dalam Islam, ia jelas bertujuan supaya manusia dapat mencapai `imej paling mulia' sebagai seorang Islam.

Oleh itu adalah wajar bagi Islam memandang serius terhadap penggunaan khamr dan melarang keras penggunaanya demi mengekalkan maruah dan kemuliaan manusia dan juga masyarakatnya.

Memetik riwayat daripada Khalifah ketiga, Saidina Uthman: "Seorang lelaki telah dibawa dan ditanya mana yang paling mudah dilakukan, sama ada mengoyakkan kitab suci al-Quran atau membunuh seorang kanak-kanak atau tunduk menyembah patung atau meminum arak atau berbaring dengan seorang wanita.

Lelaki itu mendapati bahawa perkara paling mudah dilakukannya ialah meminum arak dan dia telah meminumnya. Dia kemudian berbaring bersama wanita itu, membunuh kanak-kanak tersebut, mengoyakkan al-Quran dan tunduk menyembah patung tersebut.

Contoh tunggal ini sudah memadai untuk menunjukkan kenapa Islam berpendirian begitu tegas terhadap khamr seperti yang dibincangkan di atas.

Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau Pinang.
Persatuan Pengasih Malaysia (Centre for Reformed Drug Users) (C, R, Y)
PENGASIH runs a drug rehabilitation programme based on the concept of the therapeutic community. Services include day-care facilities, referrals for detoxification, individual and group motivational counselling, and after-care referrals. AIDS education and counselling have been added on to the drug rehabilitation programme in response to the rapid spread of HIV among intravenous drug users.

Persatuan Pengasih Malaysia
Rumah Pengasih
3201-A Jalan Syers
Off Langgak Tunku
Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur

Hotline : 03 - 6201 3179
Fax : 03 - 6201 3013
E-mail : khidmat@pengasih.net

Sunday, January 11, 2004

RAMLI TAIB DAN ANAK ANAK SDN BHD
MENJADI PENDERMA PERTAMA
KEARAH PENUBUHAN PENGASIH Pahang


Syarikat tersebut diatas menjadi penderma pertama
untuk menyokong penubuhan PENGASIH Pahang
apabila ianya menyerahkan cek sebanyak RM1000.00
sebagai sumbangan syarikat untuk memastikan kejayaan
projek tersebut. Cek tersebut telah diserahkan oleh
Pengarah Urusan Syarikat, Saudara Tajudin Ramli, anak
kepada Ramli Taib - Halijah Tasir dari Temerloh.

Beliau berharap dengan sumbangan yang tak seberapa
itu dapat lah membantu pembelian peralatan dan kelengkapan
pejabat, saperti carpet untuk memulakan operasinya sacepat mungkin.

Beliau juga mengajak, ushawan ushawan lain di daerah ini
menyahut seruan dengan memberi bantuan, wang ringgit,
peralatan serta moral, supaya usaha murni ini akan mendapat
kejayaan. Inshaallah.

BANTU KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA
______________________________________________


TARIKH: 9/1/2004

STAFF: NASIR BIN ABDUL GHANI DAN ZAIDI HARUN

TUJUAN: MENDAPATKAN PREMIS UNTUK DISEWA
SEBAGAI PUSAT KHIDMAT KOMUNITI, PENGASIH Pahang.

Satu lawatan telah dilakukan ke Temerloh untuk tujuan tersebut.
Tempat telah dikenalpasti dan pada selasa ini perjanjian sewa premis akan dilakukan.

PELAPUR: NASIR ABDUL GHANI

_____________________________________________
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Penubuhan PENGASIH Pahang

Atas daya usaha ,
inshaallah tak lama lagi
akan terbentuk lah Pusat Khidmat Komuniti PENGASIH Pahang
di sebuah bangunan yang disewa, di tingkat dua
di Jalan Sudirman, bertentangan dengan THE STORE
berhampiran Terminal Bus Express di Temerloh

Usaha ini telah lama dirancang, sejak dari tahun 2000
dan pelbagai usaha telah di ambil untuk menyediakannya.

Usaha ini bertujuan untuk
meringankan beban masyarakat mengatasi
permasaalahan penyalahgunaan dadah.
Ianya juga bertujuan untuk mengubah persepsi
masyarakat dengan pendekatan kasih sayang
terhadap mereka mereka yang kecundang oleh wabak dadah.
Dengan usaha ini diharapkan dapat membentuk
komuniti yang bersama sama
peka dan prihatin
terhadap permasaalahan ini.
Ini juga selari dengan hasrat kerajaan
yang telah menetapkan tahun 2015
sebagai DRUG FREE MALAYSIA
Ini juga mengambil kesempatan tahun 2003
sebagai TAHUN PERANGI DADAH HABIS HABISAN

Langkah pertama ialah melengkapkan Pusat ini,
dalam bentuk sebuah Pejabat Operasi
yang lengkap sebagai pusat jagaan harian
pusat maklumat, khidmat nasihat dan sokong bantu (support group)
untuk mereka mereka dan keluarga yang bermasaalah ini.

SEGALA BENTUK SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN
PROJEK INI SANGAT SANGAT DIALUKAN.